TATABAHASA: JENIS AYAT

LATIHAN JENIS AYAT

a)Kenal pasti jenis ayat – ayat di bawah dan nyatakan jenisnya.

(i) Tikus semakin banyak di bendang Pak Samad kerana hanya padinya sahaja yang menjadi pada tahun ini.
(ii) “Mengapa kamu tidak dating ke padang permainan semalam?” tanya Afiq kepada Adib.
(iii) “Cepat buka pintu ni! Ada anjing gila kat luar rumah,”jerit adik.
(iv) “Wah pandainya awak lukis kain ini!’’ puji samad kepada Wati.
(v) “Tolong buka kasut setiap kali masuk perpustakaan,” kata pengawas itu.

b)Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.

(i) Ayat tanya
(ii) Ayat seru
(iii) Ayat perintah
(iv) Ayat penyata
(v) Ayat tanya dengan kata tanya

c)Baca ayat – ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat – ayat tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat – ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.

(i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
(ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
(iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan.
(iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
(v) Engkau tunggu dia di rumah.

d)Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini:

1.Aduh, sakit kepalaku ini!
2.Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3.Harap hadirin bersabar seketika.
4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6.Kampung saya bernama Kampung Aman.
7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?

Comments

  1. dua cara menjawab dibenarkan:
    1. salin dalam kertas A4 dan jawab
    2. copy dan pastekan ke bahagian word, kemudian print dan jawab.

    ReplyDelete
  2. NURIFQAH BTE SUKRI
    08:42
    29 MAC 2020

    ReplyDelete
  3. Azzreyna Natasya 2C 9:14 29/3

    ReplyDelete
  4. Ungku Hurulain Sofiya 2Fomalhaut
    8:20 AM 29/3/2020

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Muhammad Aikal
    2 Deneb
    Siap 29/3
    10:24 am

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TATABAHASA: AYAT SONSANG

TATABAHASA: AYAT TUNGGAL