APLIKASI “ Kahoot!” Selain daripada cara AUDIO-VISUAL, antara cara pembelajran yang menarik dan dapat mencungkil minat pelajar dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) ialah dengan cara menggunakan kaedah pengajaran berunsurkan PERMAINAN. Menurut kajian yang dilakukan oleh Fromberg (2002) “ Belajar melalui bermain merupakan satu pendekatan dan pembelajaran yang menggunakan teknik bermain dalam menyampaikan sesuatu isi pembelajaran. Tujuannya adalah untuk memastikan situasi pembelajaran yang menggembirakan dan meransang perkembangan dari segi emosi, sosial, fizikal, dan kognitif.” Malahan KAJIAN terdahulu juga telah membuktikan bahawa dengan cara pembelajaran cara permainan ini lebih berkesan dan menarik. Hal ini terbukti dalam kajian yang dilaksanakan oleh Piaget (1959) “ Belajar melalui bermain merupakan suatu teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan kepada kanak-kanak. Pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang men...