APLIKASI “youtube

TEKNOLOGI  dan PELAJAR, dua konsep yang saling memerlukan pada masa kini. Namun relevenkah dua konsep utama ini diguna pakai oleh sistem pendidikan di sekolah terutama dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc).

“BEST!”, “SERONOK!”,”MUDAH!”, antara maklum balas yang diberikan oleh beberapa orang pelajar berkenaan penggunaan TEKNOLOGI dalam Pendidikan. Malahan, PERDANA MENTERI MALAYSIA, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahu pelajar menguasai teknologi terkini dalam pembelajaran supaya tidak ketinggalan.

SECARA KONKLUSINYA, jelaslah bahawa Penggunaan TEKNOLGI dalam pdpc di sekolah banyak memberi kesan yang baik kepada pelajar seperti menjimatkan masa, menjadikan pengajaran lebih menarik, memudahkan pencarian maklumat, melahirkan generasi yang celik IT, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran guru dalam bidang teknologi.
YOUTUBE merupakan salah satu platform digital yang terkenal dan sering kali digunakan oleh masyarakat terutamanya golongan remaja kini. NAMUN, penggunaan youtube kini tidak terhad kepada dunia hiburan semata-mata TETAPI juga boleh dijadikan medium pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar.


REFLEKSI atau maklum balas daripada pihak pelajar akan diperoleh secara langsung dan mudah serta pantas tanpa perlu menggunakan pen atau kertas.

Penggunaan teknologi youtube ini telah dilaksanakan dalam pengajaran subjek bahasa Melayu (Komsas-sastera) di mana pelajar diminta untuk memuat naik terlebih dahulu video lakonan mereka berkaitan dengan DRAMA HADIAH dalam buku antologi bahasa Melayu Tingkatan 1


Melalui penggunaan teknologi youtube ini, pelajar bukan sahaja dapat menyerlahkan BAKAT mereka bahkan juga dapat menyulam nilai-nilai murni yang positif seperti nilai KERJASAMA, TELERONSI dan SEMANGAT BERKUMPULAN.





Ini terbukti apabila mereka dapat MELAKONKAN watak-watak dengan baik, MEMILIH tempat, pakaian, suasana dan jalan cerita yang menarik untuk dipertontonkan menerusi aplikasi seperti youtube ini. Hal ini terbukti berdasarkan jumlah tontonan yang ramai dan komen-komen yang menarik daripada pihak luar dan rakan- rakan mereka sendiri.



Selepas video mereka dimuat naik, guru telah memberikan tiga soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk mendapatkan maklum balas atau refleksi daripada pihak pelajar. SANGAT MENAKJUBKAN! Apabila semua pelajar dapat memberikan respon yang sangat menarik.




Pada waktu kelas bersama pelajar, guru telah menunjukkan semula video drama yang telah dilakonkan oleh beberapa rakan kelas mereka. Pelajar perlu memberikan komen kepada rakan-rakan mereka sama ada negatif atau positif.




Kemudian guru meminta wakil setiap kumpulan untuk menjawab soalan KBAT yang diberikan oleh guru secara lisan dan lebih menarik. Tambahan lagi, guru juga meminta pelajar memilih pelakon yang paling kreatif dan berkesan lakonannya untuk diberikan penghargaan oleh pihak guru.


Bagi menarik minat para pelajar lagi, pihak guru meminta pelajar secara berkumpulan untuk memberikan refleksi secara langsung di dalam kelas dan meminta wakil setiap kumpulan untuk membentangkan dan menjelaskan tentang jawapan yang diberikan oleh mereka.







KONKLUSINYA! Penggunaan aplikasi media seperti YOUTUBE sangat membantu dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan. Bukan sahaja guru, malahan pelajar juga menjadi sangat kreatif, semangat dan inovatif. JELASLAH bahawa aplikasi YOUTUBE ini bukan hanya untuk memperoleh hiburan semata-mata juga menjadi medium perhubungan antara pelajar dan pengajaran.

~BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA KOMEN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PELAJAR~

"menarik dan berharap cikgu dapat buat kelas macam ni selalu!
PUTERI

"lebih mudah difahami, santai dan tidak bosan" 
MIRZA

"best! dan tidak perlu menghadap buku sahaja
DANIAL


video youtube:





Comments

Popular posts from this blog

TATABAHASA: AYAT SONSANG

TATABAHASA: AYAT TUNGGAL

TATABAHASA: JENIS AYAT