INSTAGRAM
Selain daripada aplikasi-aplikasi berbentuk pendidikan yang
telah diwujudkan oleh para penyelidik, aplikasi seperti media sosial juga boleh
dijadikan salah satu platfom untuk menyalurkan pendidikan kepada para pelajar.
Antara aplikasi yang sering menjadi mainan remaja atau pelajar pada masa kini
ialah “FACEBOOK”, “TWITTER”, dan “INSTAGRAM”.
Berdasarkan Wikipedia
bahasa Melayu:
INSTAGRAM merupakan sebuah
perkhidmatan perkongsian foto dan rangkaian sosial secara dalam
talian yang membolehkan penggunanya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan
menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial
termasuklah laman yang mendahuluinya seperti Facebook atau Twitter. Ciri pembeza yang terdapat di dalamnya adalah seperti mengurung
foto kepada bentuk empat segi yang kelihatan sama dengan Kodak Instamatic dan imej Polaroid yang mempunyai
beza jelas sebanyak nisbah bidang 4:3 dan selalunya
digunakan oleh peranti kamera mudah alih.
Persoalannya, mengapakah guru
memilih Instagram untuk menyampaikan ilmu? Seperti yang diketahui umum,
Instagram merupakan aplikasi yang kebanyakan digunakan oleh masyarakat untuk
bersosial. Malahan apabila ditanya di dalam kelas, 100% pelajar mempunyai akaun
Instagram termasuk tenaga pengajar. Tambahan lagi, Instagram merupakan aplikasi
yang boleh menggunakan video secara langsung yang dapat dipertonton oleh
sesiapa sahaja dan dapat berinteraksi secara dua hala menggunakan ruang komen
yang terdapat dalam video tersebut. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa menerusi
video secara langsung menggunakan aplikasi Instagram dapat memudahkan guru dan
pelajar berinteraksi berkaitan bidang Pendidikan.
Seperti yang diketahui umum, negara
Malaysia kini sering dilanda dengan pelbagai musibah seperti banjir, jerebu dan
paling terkini yang telah melanda negeri selatan tanah air iaitu pencemeran
daripada pembuangan sisa toksik di Daerah Pasir Gudang, Johor. Kesan yang
bahaya dan terlalu pantas tersebar menyebabkan kesemua sekolah di Daerah ini di
arahkan tutup serta- merta sehingga berminggu-minggu. Bukan sahaja perkara ini
merisaukan guru-guru, malahan ibu bapa juga berasa bimbang kerana silibus-silibus
yang terpaksa diberhentikan. Oleh itu, para guru telah berusaha mencari platfom
terkini dan mudah serta pantas yang dapat menghubungkan para pelajar dengan
guru untuk berinteraksi.
Guru dan para pelajar menentukan
masa untuk bervideo secara langsung pada hari cuti. Guru menetapkan masa dan
hari kepada pelajar untuk bervideo secara langsung bersama. Guru memastikan
kesemua pelajar bervideo secara langsung bersama guru dan menulis nama mereka
diruangan komen untuk memastikan kehadiran mereka direkodkan.
Guru memulakan kelas dengan tajuk
tatabahasa iaitu berkaitan ayat songsang. Semua pelajar perlu fokus dan
memberikan jawapan diruangan komen secara langsung sekiranya guru bertanyakan
soalan.
Guru akan memantau pelajar dan akan
memastikan kesemua pelajar faham berkaitan tajuk yang diajarkan oleh guru.
Semua pelajar dapat memberikan tindak balas yang positif berkaitan tajuk dan
soalan yang diajukan oleh pihak guru.
Selesai video secara langsung
bersama pelajar, guru meminta pelajar membuat latihan pengukuhan untuk
mengetahui tahap kefahaman pelajar berkaitan tatabahasa iaitu ayat songsang.
Guru memasukan dua bentuk soalan di bahagian foto. Pelajar perlu menyalin dan
menjawab soalan tersebut kemudian pelajar dan guru akan mengadakan perbincangan
di dalam kelas apabila sekolah beroperasi kembali.
Guru bertanyakan maklum balas
daripada pihak pelajar, mereka menyatakan bahawa, belajar secara video langsung
bersama guru kelihatan menarik dan lebih berkesan kerana pendekatan yang
digunakan berlainan serta lebih kepada mesra teknologi. Pelajar memohon kepada
pihak guru untuk membuat sesi pembelajaran dan pemudahcaraan yang sebegini
lebih kerap pada masa akan datang.
~Berikut
merupakan sebahagian video rakaman di Instagram secara langsung~






Comments
Post a Comment