INSTAGRAM Selain daripada aplikasi-aplikasi berbentuk pendidikan yang telah diwujudkan oleh para penyelidik, aplikasi seperti media sosial juga boleh dijadikan salah satu platfom untuk menyalurkan pendidikan kepada para pelajar. Antara aplikasi yang sering menjadi mainan remaja atau pelajar pada masa kini ialah “FACEBOOK”, “TWITTER”, dan “INSTAGRAM”. Berdasarkan Wikipedia bahasa Melayu: INSTAGRAM merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian foto dan rangkaian sosial secara dalam talian yang membolehkan penggunanya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial termasuklah laman yang mendahuluinya seperti Facebook atau Twitter . Ciri pembeza yang terdapat di dalamnya adalah seperti mengurung foto kepada bentuk empat segi yang kelihatan sama dengan Kodak Instamatic dan imej Polaroid yang mempunyai beza jelas sebanyak...